Tabung Pendidikan Bantu4all

1
RM0.00 of RM200,000.00
ended 6 months ago

Pengenalan

Pengenalan: Tabung Pendidikan Bantu4all merupakan inisiatif Pertubuhan Bakti Amal Tunjang Utama (BANTU) yang fokus untuk memastikan setiap anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan mendapat peluang pendidikan yang setara. Tujuan: Tabung ini ditubuhkan untuk menyediakan bantuan kewangan, peralatan sekolah, serta sokongan pendidikan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Kami percaya pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang lebih cerah, dan melalui Bantu4all, kami berusaha memastikan tiada anak yang tercicir dari sekolah. Kegunaan: Dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk:
  • Menyediakan biasiswa kepada pelajar yang kurang berkemampuan
  • Membekalkan peralatan sekolah seperti buku, pakaian, dan alat tulis
  • Menyokong program tuisyen percuma bagi membantu pelajar dalam pembelajaran
  • Membantu dengan yuran sekolah, buku teks, dan perbelanjaan pendidikan yang lain
Setiap sumbangan anda membuka peluang kepada anak-anak untuk mencapai potensi penuh mereka melalui pendidikan. Dengan menyokong Tabung Pendidikan Bantu4all, anda bukan sahaja membantu meringankan beban keluarga kurang mampu, tetapi juga memberi mereka harapan untuk masa depan yang lebih cerah.
Bantuan Untuk Yang Memerlukan

Setiap Sumbangan Anda
Membawa Sinar Harapan

Tabung Prihatin Asnaf

Tabung Prihatin Asnaf menyediakan bantuan makanan, keperluan harian, pendidikan, dan kewangan kepada golongan asnaf untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

RM0.00 of RM50,000.00
ended 6 months ago

Tabung Operasi Gaza

Tabung Operasi Gaza mengumpul dana untuk menyediakan makanan, perubatan, dan tempat perlindungan bagi mangsa krisis kemanusiaan di Gaza, Palestine.

RM0.00 of RM100,000.00
ended 6 months ago

Program Derma Lebenon

Serangan yang berlaku di Lebanon baru-baru ini telah meninggalkan kesan yang mendalam. Sebagai saudara seagama dan sesama manusia, ini adalah masa untuk kita menghulurkan tangan dan ringankan beban mereka.

RM0.00 of RM10,000.00
ended 8 months ago